Tuesday, May 7, 2013

Malisha Nursabrina ke MSSM

Setelah menjuarai acara Lompat Jauh MSS Selangor, maka Malisha Nursabrina binti Mustafa Kamal terpilih mewakili negeri Selangor ke Kejohanan MSSM yang akan diadakan di Kuantan, Pahang minggu depan. Sebulan jugalah Malisha Nursabrina akan menjalani latihan di Selangor dan di Pahang nanti. Sebelum bertolak ke Kompleks Sukan Rakan Muda, Puchong di mana Nursabrina akan berada selama seminggu, beliau bersama ibunya; Pn. Noraishah telah singgah ke sekolah. Restu guru-guru dan rakan-rakan mengiringi Malisha di sana. Semoga Malisha berjaya mengharumkan nama sekolah, daerah dan negeri, Insyaa Allah.
Jaguh sukan kebanggaan SKKW
Mendaftar masuk training di Puchong
Tahniah juga buat kakak Nursabrina - Malisha Nurkamaliah yang turut terpilih mewakili Selangor dalam acara Lompat Jauh dan Lompat Kijang bawah 15 tahun MSSM. Nurkamaliah merupakan bekas murid SKKW yang kini menuntut di Sekolah Bukit Jalil. Syabas untuk kedua-dua beradik ini. Good luck...

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN & PERCUBAAN UPSR 1/2013




SK KOTA WARISAN
43900 SEPANG SELANGOR

JADUAL PPT/UJIAN PERCUBAAN UPSR 1 2013
TAHAP 2

TARIKH / HARI
MATA PELAJARAN
MASA
WAKTU
8 Mei 2013
 (Rabu)
Kajian Tempatan
1 jam
7.45-8.45 pagi
Kemahiran Hidup
1 jam
8.55-9.55 pagi
Pendidikan Seni
1 jam
11.00-12.00 tgh
9 Mei 2013
 (Khamis)
Pendidikan Islam/Moral
1 jam
7.45-8.45 pagi
Pen Sivik
& Kewarganegaraan
1 jam
11.00-12.00 pagi
10 Mei 2013
 (Jumaat)
Bahasa Arab
1 jam
7.50-8.50 pagi
Jawi
1 jam
9.00-10.00 pagi
13 Mei 2013
 (Isnin)
Bahasa Melayu (Pem)
50 m
7.45-8.35 pagi
Bahasa Melayu (Pen)
1 jam 15 m
8.45-10.00 pagi
Matematik Kertas 2
40 minit
11.00-11.40 pagi
14 Mei 2013 (Selasa)
Matematik Kertas 1
1 jam
7.45-8.45 pagi
Sains
1 jam 15 m
11.00-12.15 pagi
15 Mei 2013 (Rabu)
Bahasa Inggeris Kertas 1
50 minit
7.45-8.35 pagi
Bahasa Inggeris Kertas 2
1 jam 15 m
11.00-12.15 tgh

·         Selepas waktu peperiksaan jadual adalah berjalan seperti biasa

Saturday, May 4, 2013

Cuti Umum pada 6 Mei 2013

Adalah dimaklumkan hari Isnin (6.5.2013) yang pada awalnya diumumkan sebagai Cuti Berganti telah diisytiharkan sebagai Cuti Umum oleh kerajaan Negeri Selangor. Oleh yang demikian, semua sekolah dan pejabat di negeri Selangor akan bercuti termasuk SKKW. Maka sekolah ganti pada 15.6.2013 dengan sendirinya adalah terbatal. Terima kasih dan Selamat Mengundi..

Friday, May 3, 2013

Cuti Berganti Sempena PRU 13 pada 6 Mei 2013

SKKW akan bercuti berganti pada 6 Mei 2013 (Isnin) ini sempena Pilihanraya Umum ke-13. Sekolah ganti akan diadakan pada 15 Jun 2013 (Sabtu) - jadual hari Isnin. Murid-murid dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa pada 7 Mei 2013.

Ceramah Sains UPSR

Terima kasih kepada Tn. Aris bin Hassan atas ceramah Sains yang telah disampaikan tadi. Menarik dan mengesankan...
 Terima kasih banyak

Program Susu 1 Malaysia

Beruntung murid-murid SKKW kerana dapat minum Susu 1 Malaysia 2 kotak seminggu kerana lokasi luar bandar kita. Syukur - semoga semua murid sihat dan cergas sentiasa...

 Baca yaasiin dulu
Ambil susu di bilik kesihatan
 

Monday, April 29, 2013

Pelancaran Program Mentor-Mentee

Majlis pelancaran program mentor-mentee yakni salah satu daripada elemen Amalan Guru Penyayang telah disempurnakan oleh Guru Besar semasa perhimpunan Isnin pada sebelah pagi dan petang. Setiap kelas telah diberi 2 orang mentor iaitu guru kelas dan seorang guru lain. Selain memperkenalkan mentor dan menyerahkan fail modul kepada para mentor, majlis turut dimeriahkan dengan acara gimik di mana mentor menyuapkan pulut semangat kepada Ketua-Ketua Darjah dari prasekolah hingga Tahun 6. Ianya sebagai simbolik keakraban, bimbingan dan jalinan hubungan yang lebih rapat dalam mengambil cakna kebajikan anak-anak murid.
   Selesai majlis penyerahan, semua mentor membimbing anak-anak mentee mereka di dalam kelas masing-masing dalam masa setengah jam menggunakan modul yang telah dibekalkan. Guru-guru juga diberi kebebasan untuk mengadakan apa jua aktiviti yang difikirkan sesuai. Mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh KPM, sesi ini akan diadakan secara rasmi sekali dalam masa sebulan dan secara tak rasmi bila-bila masa yang terluang jika ada keperluan.
   Tahniah kepada semua mentor dan mentee dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang program ini dilaksanakan. Semoga hubungan yang terjalin akan meningkatkan prestasi akademik, sahsiah dan koku anak-anak didik yang disayangi.
Aksi-aksi ceria mentor dan wakil mentee
Pentadbir pun dapat dapat bunga puding a.k.a bunga telur
Barisan mentor
Mentor-mentor sedang membuat mentoring di dalam kelas
Sesi petang
Meminjam pantun Ustazah Siti Fairuza :
Siapa kata cikgu tak sayang,
Pagi-pagi sambut murid dengan sayang;
Setiap bulan birthday murid disambut sayang,
Hari ini mentor penyayang mentee disayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...