Friday, April 23, 2010

Ulasan Perbincangan Usul & Cadangan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke 7 (2010)

Berikut adalah maklum balas / ulasan yang telah dibincangkan di dalam Mesyuarat AJK PIBG 2009 kali Ke-9

8.1 Ditempatkan pengawas di tangga pada masa sebelum / selepas waktu rehat dan waktu balik sekolah untuk mengelakkan pelajar tolak-menolak semasa menaiki dan menuruni tangga.

Cadangan : En Normannudin b Mohamad

Ulasan:Pihak sekolah telah menempatkan para pengawas di tangga pada waktu rehat. Semua murid turut sentiasa diingatkan agar tidak tolak-menolak semasa menaiki dan menuruni tangga.

8.1 Kategorikan mata pelajaran Pendidikan Islam mengikut hari supaya pelajar tidak perlu membawa kesemua buku yang membebankan dan membahayakan murid.

Cadangan : En Nordin b Ab Rahman

Ulasan:Semua murid telah dimaklumkan oleh ustazah yang mengajar mengenai jadual untuk Pendidikan Islam mengikut hari tertentu. Ada sebahagian kelas telah diberikan nota kecil untuk peringatan mereka.

8.2 Tempat perhimpunan pelajar yang kurang selesa terutamanya pada hari Isnin dan Jumaat yang mengambil masa yang lama. Himpunkan pelajar di dewan terbuka dengan tahap 1 di hadapan dan diikuti oleh tahap 2 di belakang. Ini dapat melindungi pelajar daripada cuaca yang memudaratkan kesihatan pelajar (panas dan hujan).

Cadangan : En Christober Kariraj

Ulasan:Semasa perhimpunan dijalankan, semua murid akan duduk di lantai mengikut kelas masing-masing.

8.3 Bangunkan akhlak guru-guru agar lebih mesra pelajar dan mesra ibu bapa berteraskan ”Kesopanan dan Kesusilaan”. Kejayaan seorang guru (pemimpin) dapat diukur apabila dapat merubah pelajarnya daripada tidak baik kepada baik, daripada gagal kepada berjaya.

Cadangan : Pn Hadisah bt Abd Ghani

Ulasan:Semua guru dan ibu bapa perlu bekerjasama dan saling bertoleransi.

8.4 Pengurangan buku tulis. Ada subjek buku tulisnya 3-4. 1 subjek = 7 buah 1 hari. 5 subjek X 7 buah = 35 buah buku dalam 1 beg murid. Contoh : buku teks, buku kerja, buku rampaian dan buku tulis. Cadangan : Pn Azhura bt Ab Rahim

Ulasan:Jadual telah diberikan kepada semua murid, namun masih ada yang tidak mengikutinya menyebabkan kesemua buku dibawa ke sekolah dan menjadi bebanan kepada murid tersebut.

8.5 Membuat perancangan dan sasaran terhadap setiap subjek agar semua subjek dapat dihabiskan pada waktu yang lebih spesifik. Dengan itu, ulangkaji dapat dijalankan bersama pelajar sebelum Peperiksaan Akhir Tahun. Menyarankan agar perancangan dapat dikongsi bersama ibu bapa pelajar supaya kedua ibu bapa dapat membantu pelajar sewaktu di rumah.

Cadangan : En Himily Hairul b Ibrahim

Ulasan:Semua guru perlu dan telah ada perancangan tahunan dan mingguan untuk memastikan silibus bagi setiap subjek dapat dihabiskan.

8.7 Menutup kembali lubang-lubang longkang yang terbuka di kawasan sekolah demi keselamatan murid-murid.

Cadangan : En Jamaluddin b Mohd Salleh

Ulasan:Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menampung perbelanjaan bagi menutup kesemua lubang yang ada di sekolah.

8.8 i. Pembantu sekuriti untuk membantu kanak-kanak melintas jalan raya selepas tamat sekolah.

ii. Sekolah Agama bersurai selewat-lewatnya jam 5 petang supaya kanak-kanak dapat bersukan setiap hari.

Cadangan : Pn Siti Khadijah

Ulasan:Pihak pentadbir akan cuba bertanya kepada pihak pengurusan sekuriti yang ada di sekolah ini berkaitan tugasan membantu murid-murid melintas jalan selepas tamat waktu persekolahan.

8.9 i. Tuisyen.

ii. Transit KAFA. Cadangan : Pn Wan Norliza

8.10. Yuran PIBG dikekalkan sebanyak RM 20.00 sahaja.

Cadangan : En Mohd Rizam b Baril

Ulasan : Yuran PIBG RM 30.00 telah diputuskan semasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 6 2009.

8.11 Sila pantau harga makanan di kantin sebab ia terlalu mahal.

Cadangan : En Abd Rahaman b Sulong

Ulasan:Pihak pentadbir akan berurusan dengan pihak kantin.

8.12. i. Pemilihan AJK PIBG hendaklah berdasarkan pada kemampuan kerja bukan bukan untuk mendapat nama.

ii. Penilaian terhadap murid-murid lemah di dalam pelajaran perlu diberi perhatian lebih dan diberi ujian soal jawab setiap minggu.

Ulasan:Murid sentiasa diberikan latihan dan bimbingan.

8.13 Bagi tahun 6, mata pelajaran yang wajib, hanyalah seorang guru sahaja setiap subjek. Tidak perlu bertukar-tukar guru kerana murid-murid tidak faham.

Cadangan : En Md Khairi b Md Jati

8.14 i. Saya cadangkan supaya aktiviti kokurikulum diadakan pada hari Sabtu supaya tidak mengganggu pembelajaran murid sekolah KAFA.

ii. Waktu pembelajaran murid tidak melebihi pukul 1.05 petang supaya murid dapat berehat sebelum ke sekolah KAFA pukul 2.00 petang.

Cadangan : Pn Arita Kaseh bt Md Sharif

Ulasan:i. Kokurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu atas arahan pihak Kementerian Pelajaran.

ii.Kesemua kelas akan tamat waktu pembelajaran pada jam 1:05 petang kecuali kelas yang ada kelas Tasmik dilanjutkan sehingga 1:35 petang, seminggu sekali sahaja.

8.15 Buku terlalu banyak dibawa pada setiap hari persekolahan. Adakah semua buku tersebut sempat digunakan dalam proses pembelajaran setiap hari.

Cadangan : En Che Nazri b Che Salim

Ulasan : Pihak sekolah telah menyediakan jadual anjal kepada murid-murid.

8.16 i. Pihak sekolah memastikan makanan di kantin sekolah adalah makanan yang baru sahaja dan bersih.

ii. Pihak keselamatan (pengawal) kena sentiasa peka tentang keselamatan murid-murid di kawasan sekolah.

Cadangan : En Mohd Khirwan Amir

Ulasan : Pihak sekolah telah mengambil maklum dan telah bertindak sebaik mungkin

8.17 i. Guru-guru dapat memeriksa (menyemak) balik buku setelah memberi kerja rumah kepada anak murid yang saya lihat kebanyakannya tidak disemak.

ii. Kalau boleh jangan menjual air gas kepada murid-murid.

Cadangan : Pn Azlin bt Ahmad

Ulasan:Pihak pentadbir akan memantau buku-buku latihan murid dan penjualan air bergas.

8.18 Dicadangkan agar PIBG dapat membawa usul agar pelajar SK Kota Warisan dapat menyambung pelajaran ke tingkatan satu di SMK Bandar baru Salak Tinggi atau Putrajaya dan bukan hanya di SMK Sri Sepang sahaja.

Cadangan : En Muhammad Nor

Ulasan:Pihak PPD telah menentukan sekolah kepada murid-murid SK Kota Warisan kecuali yang dapat sekolah berasrama penuh atau memohon sendiri sekolah agama.

8.19 Lawatan sambil belajar untuk murid-murid sekolah.

Cadangan : Pn Suryati bt Tohid

Ulasan:Para guru akan cuba mengadakan lawatan sambil belajaruntuk murid-murid.

8.20 Beri perhatian kepada pelajar yang sepatutnya mendapat bantuan kerana keadaan kewangan keluarga. Berilah bantuan yang sepatutnya kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan, jangan hanya memandang kepada aspek lain. Pengerusi PIBG sepatutnya peka kepada perkara ini.

Cadangan : En Ahmad Syawal b Shamsher

Ulasan:Pihak sekolah akan cuba memberikan bantuan berdasarkan borang SMM yang murid isi untuk mengetahui jumlah pendapatan perkapita bagi setiap keluarga.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...